Video- Lelaki "Pedofilia" Melutut Minta Maaf Kepada Ayah Kanak-Kanak Yang Di Cabul


CHINA- Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual. 
Baru-baru ini seorang ayah telah berjaya menangkap seorang lelaki "Pedofilia" di sebuah pasar raya.

Kejadian ini dipercayai berlaku di China ketika kanak-kanak ini mendapat satu pesan ringkas dari seorang lelaki bernama Chen.

Chen didakwa telah menghantar pesanan ringkas berserta video yang berunsur kan pornografi kepada seorang kanak-kanak perempuan dibawah umur.

Satu di antara mesej tersebut seperti Chen mengajaknya untuk menonton video porno bersama-sama.

Mesej itu telah diketahui oleh ayah kepada kanak-kanak perempuan tersebut.

Kemudiannya ayah kanak-kanak itu mula menyamar sebagai anaknya dan mengajak Chen berjumpa dengannya.

Seperti yang di janjikan mereka pun bertemu di sebuah pasar raya.

Ketika bersemuka dengan lelaki "Pedofilia" itu, si ayah tadi tidak dapat mengawal kemarahannya.

Ayah kepada kanak-kanak ini telah memaksa Chen untuk melutu dan meminta maaf di dekan khalayak ramai.

Chen yang dikelilingi oleh orang awam,lalu si ayah tadi menampar muka Chen sehingga merah kerana tidak dapat mengawal marahnya lagi.

Lelaki pertengahan umur itu juga telah di pukul beberapa kali oleh ayah kanak-kanak perempuan itu.

Disebabkan dari pukulan itu Chen akhirnya terjatuh ke lantai dan tidak berani untuk bangun semula.






Beberapa orang pengunjung yang melihat kejadian itu turut merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit sehingga video tersebut viral di media sosial.

Polis kini sedang menyiasat dan mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak. Editor: Ila

Inilah video penuh Chen di tampar oleh ayah kanak-kanak tersebut: