Wanita Cemburu Potong ‘Anu’ Kekasih Curang


KAZAKHSTAN: Seorang lelaki berdepan dengan nasib yang malang apabila teman wanitanya yang bersikap cemburu buta telah bertindak di luar jangkaan apabila dia bertindak mengikat lelaki itu sebelum menikam dan menghiris buah zakar milik mangsa.

Suspek yang dikenali sebagai Zhanna Nurzhanova, 36, bagaimana pun telah ditangkap oleh pihak polis tempatan selepas kekasihnya iaitu R Suleimano mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini.

Akibat alat sulitnya itu mengalami kecederaan yang parah, dia bertindak menceritakan kepada doktor mengenai kejadian yang menimpanya dan segera membuat laporan polis.

Menceritakan mengenai kejadian tersebut, dia memberitahu bahawa teman wanitanya itu telah berang selepas mendapat tahu Suleimano telah jatuh hati dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Karina.

Apa yang mengejutkan juga adalah Zhanna turut menemui beberapa keping gambar wanita cantik itu pada telefon bimbit milik kekasihnya.

Berdasarkan laporan daripada pihak mahkamah, dalam kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu, Zhanna telah mengajak Suleimano untuk satu permainan seks sebelum dia mengikat tangan lelaki itu pada bucu katil.

Zhanna kemudiannya bertindak memarahi lelaki itu kerana berhubungan dengan wanita lain sebelum memukul muka dan dada mangsa dengan sebatang besi.

Dalam pada masa yang sama, wanita itu juga turut mengeluarkan picagari dan mencucuk ubat bius di sekeliling kemaluan mangsa.

Tidak terhenti setakat itu, Zhanna kemudiannya bertindak mengambil pisau pembedahan dan mula menghiris buah zakar lelaki itu.

Selain itu, Zhanna juga dilaporkan turut mengikat salur sperma lelaki itu dan cuba menjahit luka itu semula tetapi gagal kerana mangsa telah mengalami pendarahan yang banyak.

Akibat panik dengan perbuatannya, Zhanna segera membawa mangsa ke hospital sebelum dia ditahan selepas doktor membuat laporan polis.

Pihak polis memberitahu bahawa Zhanna bakal berdepan hukuman penjara selama 10 tahun sekiranya didapati bersalah menyerang kekasihnya. Sumber: Agensi, Editor: Ira