Wanita Dikelar Ibu Saudara Kerana Mempunyai Hubungan Sulit Dengan Suaminya


KINABATANGAN: Seorang wanita menghadapi saat genting dalam hidupnya apabila dia telah dikelar oleh ibu saudaranya sendiri kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan suaminya di sebuah rumah pekerja ladang Jeroco, Kinabatangan, Sabah, semalam.

Difahamkan, kejadian itu telah berlaku pada jam 7.57 pagi di mana wanita terbabit dikatakan telah mengalami kecederaan yang sangat serius di bahagian kepala, betis, serta lutut kerana telah ditikam dengan pisau tajam.

Mangsa yang mendapat kecederaan yang serius itu bagaimana pun terselamat dan dia telah dikejarkan ke Hospital Kinabatangan untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut pihak pengurusan ladang terbabit, dia mula menyedari kejadian itu apabila dia mula mendengar jeritan daripada mangsa yang menggelupur kesakitan lalu dia juga segera menghubungi pihak berkuasa.

Berdasarkan laporan daripada Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahman, dia berkata bahawa hasil daripada siasatan awal yang dijalankan dia mendapati bahawa suspek yang juga ibu saudara kepada mangsa dikatakan berang serta naik minyak apabila mengetahui hubungan sulit suaminya itu.

“Mangsa yang sedang berehat di hadapan rumahnya didatangi suspek dan menyerang dengan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter.”

“Berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga mangsa cedera di kepala, kesan kelar di jari, lutut dan betisnya,” katanya ketika dihubungi.

Pihak polis yang menerima maklumat mengenai peristiwa itu bagaimana pun segera bergegas ke tempat kejadian dan membuat tangkapan ke atas suspek serta mereka juga turut merampas sebilah pisau yang digunakan ketika kejadian.

“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk menerima rawatan lanjut.”

“Suspek berusia 33 tahun dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kinabatangan untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, menurut pihak berkuasa kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana telah mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata tajam.

Tambah pihak berkuasa lagi, mangsa merupakan seorang janda dan anak saudara kepada suspek serta dia juga turut mempunyai seorang anak perempuan yang berusia tujuh tahun. Sumber: E Berita, Editor: Iera