Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahitnya Hampir Buta Di Sebabkan Kanta Lekap


Kecantikkan dan wanita tidak dapat dipiasahkan lagi. Wanita mana yang tidak mahu tampil cantik dan bergaya di mata setiap lelaki. Bagi wanita kecantikkan seperti kawan karib mereka untuk membuatkan mereka merasa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

Tidak lepas juga yang ingin kelihatan cantik dengan menggunakan kanta lekap dimata mereka.Selalunya kanta lekap digunakan untuk orang yang semamangnya rabun dan rimas untuk menggunakan cermin mata.Namun tidak kurang juga yang menggunakan kanta lengkap untuk kelihatan cantik semata-mata.

Sebenarnya pengguanaan kanta lengkap tidak asing lagi negara kita, namaun ada juga segelintir daripadanya tidak langsung menitik beratkan soal kebersihan penjagaan kanta lekap ini.

Satu pengkongsian melalui laman Facebook iaitu dari Nur maisaraa yang telah berkongsikan pengalaman pahitnya mengguanakan kanta lekap. Matanya menjadi rabun sebelah dan tidak nampak pada jarak jauh apabila dilihat pada jarak dekat objek tersebut menjadi kabur pada pandangan matanya.Namun mujur lah dia tidak buta akibat daripada kejadian ini.

Perkongsiannya dilaman Facebook hanyalah sekadar pengajaran bagi semua wanita yang menggunakan kanta lekap setiap hari.Katanya tidak kisahlah samada kanta lekap yang dibeli itu mahal ataupun murah yang penting penjagaanya.

Kata Sara pada mulanya mata nya hanya mengalami rasa pedih yang teramat.Di sebabkan berasa tidak selesa dia mengeluarkan kanta lekap tersebut daripada matanya.Namun pada keesokan harinya matanya seperti berhabuk dan berair serta berasa gatal-gatal.Lama kelamaan matanya menjadi merah yang teramat.

Sejurus kejadian itu Sara terus berjumpa doktor kerana tidak dapat lagi menahan kesakitan yang dirasakan sehingga tidak boleh membuat kerja sehariannya. Doktor menyatakan bahawa matanya menjadi merah disebabkan kanta lekap dan yang paling menyedikan kornea matanya terkoyak di bahagian kelopak mata. Pada saat itu hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan Sara.

Selepas kejadian ini Sara serik untuk menggunakan kanta lekap lagi dia lebih rela menggunakan cermin mata.Mata merupakan organ tubuh badan yang teramat penting untuk melakukan kerja seharian oleh itu, sayangi mata anda.

Sebelum membeli kanta lekap pastikan anda menjaga kebersihan kanta lekap anda.Tukar air kanta lekap selepas di gunakan, tukar bekas kanta lekap anda, sebelum memegang kanta lekap pastikan tangan anda bersih.

Semoga kita semua menjadikan cerita Sara ini sebagai satu pengajaran ya.Editor: Ila Hakimi.

Kredit: Facebook Nur Maisaraa ii