Jumaat, 23 Februari 2018

Zakar Dijangkiti Parasit Gara-Gara Beronani Dengan Perut Ikan


TOKYO : Seorang lelaki menghadapi saat-saat sukar apabila dia terpaksa merana kerana zakarnya telah dijangkiti dengan sejenis kuman mahupun parasit apabila dia bertindak di luar jangkaan dengan menggunakan isi perut sejenis ikan bagi memuaskan nafsunya.

Lelaki terbabit dikatakan telah mengalami jangkitan itu selepas pundi kencingnya sukar untuk berfungsi selain ianya turut menyakitkan selepas melakukan perlakuan seks dan turut mendakwa bahawa dia telah berulang kali membersihkan perut ikan terbabit.

Berita mengenai tindakan yang agak keterlaluan ini telah menjadi terkenal di seluruh Jepun di mana dia juga turut memuat naik beberapa keping gambar di mana dia menjadikan isi perut ikan terbabit sebagai sarung tangan.

Difahamkan, ikan yang diguna pakai oleh lelaki terbabit adalah sejenis ikan pemancing atau Anglerfish yang hanya akan dtemui di kawasan laut dalam sahaja.

Menurut mangsa yang tidak mahu mendedahkan identitinya, dia mendakwa bahawa dia tertarik untuk mencuba cara sebegini kerana ingin mengetahui bagaimana rasanya jika beronani dengan menggunakan isi perut ikan. 

Sebelum melakukan perbuatan terbabit, dia juga turut memberitahu bahawa dia telah menggunakan garam dan etanol untuk membersihkan perut ikan terbabit daripada kuman.

Namun, perbuatannya itu telah memakan dirinya sendiri apabila dia telah mengalami kesakitan yang sangat luar biasa sehingga dia mendapatkan rawatan di hospital yang berhampiran.

Berdasarkan pemerhatian daripada doktor yang merawatnya, doktor telah mengesahkan bahawa lelaki terbabit telah mengalmai keradangan yang teruk di bahagian zakarnya dan turut memberikan beberapa jenis ubat antibiotik untuk melawan jangkitan yang dialaminya.

Hasil daripada beberapa sumber, ikan anglerfish atau dikenali dengan gelaran Iblis Laut Hitam itu dikatakan mempunyai 'antena' di bahagian kepalanya yang berbentuk seperti joran pancing dan akan mengeluarkan bola yang bercahaya di hujungnya. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera