Sabtu, 10 Mac 2018

14 Fakta Menarik Tentang Wanita Yang Lelaki Perlu Baca


Pernahkah anda mengkaji tentang pasangan anda?Kebanyakkan wanita tidak suka menyatakan apa yang mereka suka atau tidak kepada pasangannya. Jadi anda sebagai lelaki perlu bijak dalam mengkaji tentang pasangan anda bagi mengelakkan pertengkaran terjadi.Mari kita kaji fakta tentang perempuan yang wajib diketahui oleh lelaki.

Pertama,perempuan tidak suka ditipu. Jadi jika anda benar-benar ingin berbohong pastikan rahsia anda tidak bocor ya. Jika tidak perang dunia kedua bakal terjadi. Tidak kiralah anda berbohong mengenai penampilannya,keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya.

Selagi anda berbohong simpan lah sebaik mungkin. Jika anda tertanggap oleh pasangan anda awas ini merupakan satu malapetaka buat anda. Sebainya jujur sahaja dengan pasangan anda bagi mengelakkan kejadian seumpama ini terjadi.


Kedua perempuan lebih mengambil kira dari segi perbuatan berbanding perkataan. Jika anda benar-benar mahu memperoleh hati pasangan anda lakukan sesuatu dalam bentuk perbuatan bukan hanya tahu bercakap kosong sahaja tanpa menunjukan perbuat yang anda benar menyayangi pasangan anda.




Ketiga,fakta menarik tentang perempuan adalah mereka sebenarnya merupakan ratu drama. Ianya terjadi kerana perempuan kadang-kalanya memerlukan perhatian terhadap pasangan. Jadi dengan cara ini dia dapat meraih perhatian daripada pasangan nya.


Perasan atau tidak perempuan akan memperbesarkan sesuatu isu padahal ianya hanya satu isu yang remeh sahaja. Jadi kaum lelaki perlu banyak bersabar ya.

Selain ini perempuan juga lebih cenderung menggunakan emosi berbandinh akal nya.

Keempat,tahukah anda bahawa emosi wanita akan berubah-ubah pada setiap bulan. Jadi jangan terperanjat jika pasangan anda pada mula nya marah dan tiba-tiba dia akan menangis. Ketahuilah wahai kaum lelaki, setiap bulan wanita akan datang bulan jadi emosi mereka tidak menentu.



Kelima,biasakan untuk meminta maaf kepada pasangan meskipun anda tidak melakukan kesalahan terhadapnya. Sesungguhnya wanita suka terhadap lelaki yang permaaf dan sentiasa boleh bersabar dengan perangai mereka. Dalam masa nya sama cuba anda menasihati mereka tentang kesalahan tersebut secara lembut dan tenang.


Seperti yang anda sedia maklum, wanita lebih suka menggunakan emosi mereka.Jadi di sini anda memainkan peranan yang penting dalam mendidik mereka dan memperbetulkan segala kesalahan yang dilakukannya.

Keenam,jangan sesekali anda samakan pasangan anda dengan wanita lain. Sememangnya setipa wanita mempunyai perangai yang berbeza-beza.Jadi jangan sesekali anda menyuarakan tentang persamaan mereka dengan wanita lain terutamanya selepas anda putus cinta.



Fakta keenam ini merupakan fakta utama yang lelaki perlu tahu.

Ketujuh,pernahkah pasangan anda memberitahu bahawa mereka kelihatan gemuk? Ini merupakan soalan maut daripada pasangan anda. Oleh itu,anda perlu bijak dalam menyusun setiap kata-kata bagi mengelakkan si dia daripada terasa hati.


Kelapan, jika anda merupakan seorang lelaki yang mudah jatuh hati kepada wanita lain, anda di nasihatkan supaya tidak menyuarakan kepada kawan-kawan teman wanita anda. Cepat atau lambat teman wanita atau pasangan anda akan tahu juga.

Kesembilan, sememangnya wanita lebih suka bergosip dengan rakan-rakannya. Ini merupakan salah satu cara bagi mereka untuk menghiburkan hati.


Kesepuluh, wanita lebih suka dihargai seperti anda memberikannya hadiah. Bagi mereka hadiah tidak perlu mahal cukuplah ianya mempunyai nilai yang tersendiri sebagai contoh anda memberikan mereka kek kegemarannya. Itu sudah cukup bagi mereka anda mengharagai kehadiarannya dalam hidup.


Kesebelas, jika anda keluar bersama-sama kawan-kawan perempuannya, anda perlu menjaga tingkah laku anda.Buatkan dia merasa bahawa anda adalah miliknya namun jangan berlebihan takut orang sekeliling meluat pula dengan tingkah laku anda.




Kedua belas, ini paling penting. Pastikan anda tidak lupa dengan tarikh penting pasangan anda sebagai contoh tarikh perkahwinan dan tarikh hari lahirnya. Seperti yang ditulis di atas wanita lebih suka dihargai.


Ketiga belas, puji pasangan anda setiap hari. Nampak seperti benda yang kecil namun impaknya anda sendiri ada rasakan. Semua wanita suka dengan pujian sebagai contoh anda menyatakan bahawa pasangan anda cantik.Ianya kan membuatkan pasangan anda bertambah sayaang terhadap anda. Tak percaya? Cuba anda lakukan.


Keempat belas, percaya atau tidak perempuan lebih mementingkan cinta daripada perhubungan seks. Ternyata lelaki tidak boleh hidup tanpa seks.Benarkah? Tepuk dada tanya selera. Editor: Ila