Ajal Sebelum Mengambil Keputusan SPM


KOTA BHARU: Seorang bekas pelajar yang ketika dalam perjalanan untuk mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya telah merempuh sebatang pokok.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Jalan Padang Melintang, Kelantan pada pagi tadi iaitu sebelum keputusan peperiksaan tersebut diumumkan.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Iqbal Hafiz Mohamad Kauli, 17, itu dipercayai maut di tempat kejadian akibat kerana parah di bahagian kepalanya.

Mayat mangsa kemudiannya terus dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

Ibu kepada mangsa, Nastura Abdul Ghani, 45, memberitahu bahawa anaknya itu telah keluar dari rumah di Kampung Cherang Melintang, Bachok, pada jam 7.30 pagi untuk ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah (SMU) Maahad Amir Indera Petra.

“Namun, Iqbal tidak sempat sampai ke sekolahnya yang jaraknya kira-kira satu kilometer (km) selepas motosikal jenis Yamaha LC 135LC terbabas dan merempuh pokok,” katanya.

Tambahnya lagi, Mohamad Iqbal yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu dikatakan langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum pemergiannya itu.

Menurutnya lagi, jenazah mangsa juga akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Sri Sentosa, Jalan Beris Kubur Besar, Bachok selepas selesai urusan bedah siasat tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bachok berkata berdasarkan keterangan yang diambil daripada seorang saksi, mangsa dipercayai telah menunggang motosikal Yamaha 125Z dari Kota Bharu untuk menghala ke Beris Kubur Besar.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan terbabas sebelum melanggar pokok di tepi jalan."

Pihak polis menyatakan bahawa kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: E Berita, Editor: Sara