Rabu, 14 Mac 2018

Anak Ketiga Baca Ni! Sifat Anak Ketiga Dalam Keluarga Yang Mungkin Anda Tak Tahu


Setiap anak yang dilahirkan semestinya mempunyai perbezaan dan keistimewaan masing-masing. Tidak kiralah sama ada anda dilahirkan sebagai anak pertama, kedua, ketiga mahupun sebagai anak bongsu di dalam keluarga.

Tetapi adakah anda rasa bahawa kakak atau abang anda itu mempunyai sifat yang pelik atau berbeza?

Sebenarnya, menurut beberapa sumber, ada yang mengatakan bahawa anak ketiga dipercayai mempunyai sifat yang paling pelik di antara adik-beradik yang lain. Mari kita semak fakta yang menarik mengenai anak ketiga.

Anak ketiga ini dikatakan paling unik dan selalu melakukan perkara yang orang lain tidak pernah lakukan. Dia akan sentiasa tampil dengan aksi yang unik dan berbeza daripada adik beradiknya yang lain dan tidak segan ataupun malu walaupun aksinya itu agak pelik.

Disebabkan sifatnya yang mudah peka dengan sesuatu keadaan, anak ketiga ini sangatlah mudah untuk mengalirkan air mata dan menangis apabila ditimpa masalah. Walaupun dia nampak ceria pada dasarnya, tetapi dia mudah memendam rasa dan akan menangis di saat dia berseorangan.


Di samping itu, anak ketiga juga dikatakan akan selalu mengganggu adik-beradiknya lain. Dia akan mengacau setiap ahli keluarganya ketika mereka sedang sibuk melakukan pekerjaan masing-masing dengan bertindak diluar jangkaan dengan menarik rambut, merampas makanan, dan macam-macam lagi aksi yang mana akan membuatkan mereka sekeluarga menjerit dan bergaduh sesama sendiri.


Dalam pada masa yang sama, anak ketiga juga dipercayai sangat degil serta keras kepala. Dia juga akan selalu mengabaikan nasihat yang diberi oleh orang lain. Dia juga dipercayai lebih gemar menurut kata dan pendirian dirinya sendiri daripada terpaksa menerima pandangan daripada orang lain.


Anak ketiga juga dipercayai sama sekali tidak mahu mendengar kata, lebih-lebih lagi daripada orang yang tiada hubungan dengannya. Dia lebih gemar menyelesaikan masalah yang dihadapinya secara bersendiri daripada mengharapkan bantuan orang lain.

Walaupun anak ketiga ini bersifat unik, tetapi mereka akan berasa kekok atau janggal apabila disuruh melakukan sesuatu yang dia tidak pernah lakukan. Oleh itu, dia tidak akan melibatkan dirinya daripada melakukan perkara tersebut dan tidak mahu menyusahkan hidupnya.

Wajah anak ketiga jika kita sekali imbas kelihatan sangatlah garang, tetapi ‘dalam hati ada taman’. Walaupun mempunyai sedikit sifat pemarah dan panas baran, tetapi dia sebenarnya manis dan sangatlah bersifat penyayang. Perbuatannya itu akan lebih disenangi oleh orang lain serta dia juga kuat bergurau walaupun ketika hatinya itu sedang dilanda kesedihan.


Selain itu, anak ketiga ini dikatakan sedikit perahsia berbanding adik beradiknya yang lain di mana dia lebih gemar memilih untuk mendiamkan diri daripada menceritakan masalah yang dihadapinya kepada orang lain.

Ketika berhadapan dengan orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengannya, anak ketiga ini akan lebih kelihatan ramah serta sangat suka bercerita. Namun, tanpa disedari, dia suka menyimpan amarahnya di dalam diam dan tidak suka menunjuk di hadapan orang lain.

Kebiasaanya anak ketiga ini pasti mempunyai kekurangan sifatnya. Mereka ini juga dikatakan tidak pernah kena tegur mahupun jarang kena marah walaupun dia melakukan kesalahan. Dalam pada masa yang sama, semua kehendaknya pasti akan dapat ditunaikan. Oleh sebab itulah anak ketiga ini dikatakan sebagai anak yang agak manja berbanding adik beradiknya yang lain.

Berdasarkan fakta-fakta menarik yang tersenarai ini membuatkan anak ketiga ini kelihatan sedikit berbeza daripada ahli keluarganya yang lain. Editor: Ira