Anggota polis Ditetak Ketika Menjalankan Siasatan


Seorang anggota polis menerima kecederaan apabila ditetak ketika sedang menjalankan siasatan bagi operasi bersepadu dadah di Bukit Chapong, semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 7 petang ketika mangsa, 22 bersama rakannya menuju ke Kampung Peralla untuk menjalankan siasatan tersebut.

Setibanya di loksai berkenaan, mangsa melihat lima orang lelaki disyaki sedang menjalankan urusan jual beli dadah lalu mangsa dan rakannya berhenti di kawasan lelaki-lelaki tersebut untuk menahan seorang pengedar.

Ketika sedang menahan suspek, secara tiba-tiba kepala mansa diketuk daripada belakang dengan sebilah parang oleh seseorang dan dipercayai beliau adalah bapa kepada mangsa.

Anggota polis tersebut turut mengalami luka di bahagian jari telunjuk sebelah kanan akibat terkena tetakan parang lelaki itu.

Mangsa melepaskan tangkapan ke atas suspek kerana mahu menyelamatkan diri namun mereka berdua telah dikejar oleh 3 orang lelaki yang terlibat dengan urusan jual beli dadah tersebut dengan menggunakan motosikal.

Mangsa dan rakannya bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri dan berjaya masuk kedalam kereta rakannya yang berada di situ lalu mereka pulang ke Balai Gual Ipoh.

Mangsa telah mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tanah Merah dan kini suspek yang menetak kepala dan jari mangsa sedang diburu oleh pihak polis. Editor:Anna