Rabu, 7 Mac 2018

Babi Hutan Masuk Masjid Gemparkan Para Jemaah.


Sebelum ini kita penah digemparkan dengan satu kejadian di mana beberapa ekor anjing pernah memasuki sebuah masjid.

Perkara ini nampaknya berulang lagi namun apa yang menarik dan mengejutkan kali ini adalah seekor babi hutan yang mempunyai saiz badan yang agak besar telah memasuki sebuah masjid di Sungai Buloh.

Ketika kejadian berlaku, kebanyakan para jemaah yang hadir dikatakan sedang mengejarkan solat dan berita kemasukan babi tersebut telah mengejutkan mereka.

Bagaimanapun, para jemaah cuba untuk menghalau babi tersebut supaya keluar namun usaha mereka tidak berhasil dan babi tersebut kelihatan cuba berjalan mengelilingi kawasan masjid tersebut.

Hasil daripada kejadian tersebut, laporan polis telah berjaya dibuat dan pihak polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menghalau babi tersebut.

Kejadian ini juga dikatakan telah menjadi tular di laman sosial dan kebanyakan netizen menyatakan bahawa masjid tersebut perlu melalui proses penyamakan dan ia akan memberikan suasana yang baru terhadap tempat solat itu. Editor: Iera