Sabtu, 10 Mac 2018

Bakar Kereta Kerana Tiada Penghawa Dingin


Sebuah kereta Perodua Kancil telah dibakar pagi tadi di Jalan Seroja 1B, Taman Seroja, Bukit Sentosa.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dipercayai akibat pertelingkahan pasangan suami isteri kerana kereta itu mempunyai banyak masalah teknikal termasuk tiada penghawa dingin.
Penduduk setempat menyedari kebakaran terbabit apabila melihat kepulan asap tebal keluar dari tepi kediaman pasangan itu lalu menghubungi pihak bomba.
Menurut salah seorang penduduk, pasangan suami isteri itu sudah bergaduh sejak tiga hari lalu.
Pasangan itu bergaduh kerana mereka menghadapi kesulitan untuk pergi kemana-mana termasuk menghantar anak ke sekolah.
Si isteri bertindak memecahkan cermin kenderaan tersebut pada hari semalam dan hari ini kereta tersebut di bakar pula.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kejadian dengan sebuah jentera bersama tujuh anggota selepas menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 11.38.
Kereta tersebut musnah 100 peratus dan dipercayai punca kebakaran adalah disebabkan pergaduhan suami isteri. Sumber:Berita Harian Online, Editor:Anna