Balasan Rogol Gadis Di Bawah Umur


MELAKA: Seorang pemandu lori telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ayer Keroh selepas dia didapati bersalah merogol teman wanitanya pada Ogos tahun lalu dan bakal dikenakan tindakan iaitu empat kali sebatan atas kesalahannya itu.

Kesalahan suspek yang dikenali sebagai Muhammad Safuan Moslan, 23 tahun itu telah dibacakan oleh Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi di mana suspek telah dikaitkan dengan dua pertuduhan yang berlainan ke atas dirinya.

Tertuduh dipercayai telah merogol mangsa di bawah umur yang pada ketika kejadian itu berlaku, mangsa dikatakan baru sahaja berumur 15 tahun di mana kejadian itu telah berlaku di sebuah rumah di Tanah Melaka Baru, iaitu di antara jam 1.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari.

Bagaimana pun, kesalahan yang dilakukan oleh suspek itu telah didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Terdahulu, suspek yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam juga turut merayu agar hukuman ke atas dirinya itu dapat berjalan serentak kerana dia perlu menjaga ibunya yang sakit.

Timbalan Pendakwa Raya iaitu Shazreen Nadia Saaban dalam pada masa yang sama turut memohon agar hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh itu setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes rogol yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

Hasil daripada proses tersebut, pihak mahkamah memerintahkan agar suspek menjalani hukuman pertama dengan penjara selama tiga tahun serta dua sebatan manakala untuk tuduhan kedua mangsa juga akan dipenjarakan selama dua serta dua kali sebatan.

Tambah pihak mahkamah lagi, kedua-dua hukuman yang dikenakan ke atas suspek itu akan dijalankan secara serentak.

Menceritakan saat-saat kes ini berlaku, suspek dipercayai telah mengambil mangsa di rumahnya lalu mangsa dibawa ke rumah suspek yang terletak di Taman Melaka Baru.

Namun, apabila mereka tiba di rumah tersebut, suspek bertindak membawa mangsa ke dalam bilik dan terus merogolnya.

Tetapi sebaik sahaja selesai, suspek dan mangsa dikatakan keluar daripada rumah terbabit namun pulang semula ke tempat kejadian sekitar jam 1.30 pagi di mana suspek telah merogolnya buat kali kedua. Sumber: E Berita, Editor: Iera