Bapa Mertua Durjana Tak Dapat Ratah Tubuh Menantu, Cucu Jadi Mangsa!!


Seorang wanita yang mempunyai 3 orang anak menceritakan kisah hitamnya tinggal dirumah mertuanya.

Wanita tersebut merupakan seorang janda telah berkahwin kali kedua bersama seorang lelaki yang mempunyai dua orang anak.

Menurut wanita tersebut setelah berkahwin dengan suami barunya kehidupan dia dan anak semakin baik kerana mereka diterima baik oleh keluarga mertuanya.

Suaminya itu telah berhenti kerja dan mempunyai banyak hutang membuatkan dia terpaksa bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga.

Wanita yang merupakan anak yatim piatu itu berasa bahagia kerana baginya dia telah mempunyai keluarga yang lengkap seperti individu lain.

Tidak disangka bapa mertua yang terlalu baik dengannya rupanya mempunyai niat buruk terhadapnya. Sebelum ini iparnya pernah memberitahu tentang perangai buruk lelaki tua itu namun dia tidak percaya.

Sikap bapa mertuanya semakin aneh dan wanita itu mula berasa tidak sedap hati dan menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku.

Wanita yang bekerja sebagai ahli perniagaan itu berkata kerjayanya agak sibuk dan sering bekerja di luar kawasan.

Lelaki tua itu turut membuat gangguan seksual terhadap anak-anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari ketika sedang bekerja anak lelakinya yang diamanahkan untuk menjaga adik-adik menghantar mesej kepadanya mengatakan bapa mertuanya mengulangi perbuatan keji itu lagi.

Wanita itu terlalu marah namun dia terpaksa berdiam diri kerana memikirkan ibu mertuanya. Menurut ibu mertua dan iparnya bapa mertuanya itu sudah nyanyuk dan pernah menjadi kes polis apabila mencabul anak kepada jiran mereka. Editor:Anna