Bapa Penggal Kepala Anak Sehingga Maut


INDONESIA: Oleh kerana marah dengan sikap anak lelakinya yang selalu mendesak meminta duit, seorang bapa telah bertindak di luar jangkaan di mana dia sanggup menggunakan sebilah kapak untuk membunuh anak kandungnya itu.

Kejadian menyayat hati ini berlaku apabila bapa tersebut tidak tahan lagi dengan perangai yang ditunjukkan anaknya sehingga membuatkan dia gelap mata dan kejadian ini dikatakan telah berlaku di Kampung Temboro, Jawa Timur.

Berdasarkan keterangan daripada saksi, kedua anak beranak itu dikatakan sempat bergaduh dan bertengkar sesama sendiri sebelum kejadian ini bertukar menjadi parah.

Tambahnya lagi, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abdul Azis yang berusia 18 tahun itu selalu sahaja meminta duit daripada ibu bapanya.

Namun, kedua ibu bapanya itu tidak dapat memenuhi permintaan tersebut kerana mereka juga kekurangan duit untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Oleh kerana geram dan marah kerana keinginannya itu tidak dipenuhi, mangsa juga dikatakan pernah mengugut untuk membunuh ibu dan adiknya sendiri.

Bapa mangsa yang mendengarkan mengenai perkara tersebut terus naik marah sehingga dia terus mengambil kapak dan menghayunkannya ke bahagian kepada mangsa sebanyak tiga kali sehingga mangsa meninggal dunia.

Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut terus menahan mangsa yang berusia 45 tahun itu untuk menjalankan tindakan lanjut.

Menurut pihak polis, mangsa dikatakan selalu mengancam untuk membunuh adik beradiknya yang lain selain dia juga turut terlibat di dalam kes pukul yang sering berlaku di kawasan terbabit.

Dalam pada itu, mangsa juga turut dikehendaki pihak polis kerana sering terlibat di dalam kes jenayah di kawasan sekitar. Sumber: E Berita, Editor: Iera