Bapa Potong Tangan Anak Kerana Video Lucah


Seorang remaja menghadapi saat-saat yang cemas apabila tangan kanannya dipotong oleh bapanya sendiri di Hyderabad, India.

Kejadian itu dikatakan telah berlaku gara-gara remaja terbabit gemar menonton video lucah daripada telefon bimbitnya.

Akibat daripada perbuatannya itu, bapanya yang dikenali sebagai Mohammad Qayyum Qureshi, 45, berasa geram dan berang lalu dia bertindak mengambil pisau pemotong daging untuk memotong tangan anaknya itu.

Menurut keterangan daripada bapanya, dia mendakwa bahawa anaknya itu sangat gemar menonton video lucah walaupun dia telah memberi amaran keras namun semua itu langsung tidak diendahkan.

Dalam pada masa yang sama, mereka berdua juga sering sahaja bertengkar di mana dia mengecam tindakan anaknya itu sehingga pernah menghalau anaknya keluar namun anaknya tetap kembali ke rumah pada waktu malam.

Ketika kejadian berlaku, dia cuba untuk merampas telefon bimbit milik anaknya itu namun anaknya bertindak menggigit tangannya sehingga menyebabkan dia berasa berang lalu bertindak di luar jangkaan.

Bagaimana pun, bapa tersebut dipercayai telah menyerah diri di balai polis yang berhampiran dan dia juga turut mengaku kesalahannya itu.

Menurut pihak polis, bapa kepada empat orang anak itu akan didakwa mengikut Akta 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah itu segera di bawa ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Namun, doktor yang merawat mangsa mengesahkan bahawa 90% daripada kecederaan yang dialami oleh mangsa berkemungkinan menyebabkan tangannya itu tidak akan dapat disambung semula. Sumber: The Reporter, Editor: Iera