Isnin, 12 Mac 2018

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Surau



Sungguh pilu apabila anak yang dilahirkan terpaksa berpisah dengan ibunya malah telah dibuang oleh ibunya sendiri.

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditemui oleh seorang lelaki di Surau al-Ibrahim, Garden Homes Fasa E, Seremban pada awal pagi tadi.

Ketika itu, lelaki yang menjumpai bayi itu datang ke surau untuk menunaikan solat subuh namun setelah selesai menunaikan solat dia menemukan bayi itu diruang solat wanita apabila terdengar tangisan bayi itu lalu menghubungi polis.

Bayi yang dijumpai itu berbungkus dengan kain bewarna putih dan diselimutkan dengan sejadah serta tiada tanda pengenalan atau apa-apa nota yang ditinggalkan.

Bayi itu memiliki berat 2.7 kilogram dan berada dalam keadaan sihat dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk dapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. Editor:Anna