Datin Dera Amah Terlepas Hukuman Penjara, Membuatkan Peguam Terkejut.



PETALING JAYA - Seorang datin terlepas hukuman penjara selepas mahkamah menghukum bon berkelakuan baik telah mengejutkan peguam kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius di bawah Kanun Keseksaan.

Menurut laporan media, suspek, Rozita Mohamed Ali didakwa menggunakan sebilah pisau, sebatang mop, sekaki payung dan penyangkut baju untuk menyerang mangsa menyebabkan kecederaan pada kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti Sutrinso yang merupakan pembantu rumahnya.

Ramkarpal Singh berkata Mahkamah Sesyen membuat kesilapan menjatuhkan hukuman ke atas Rozita.

“Undang-undang tidak lagi menyediakan bon berkelakuan baik dalam kes-kes melibatkan kesalahan serius, yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan sebagai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atau lebih.”

Berhubung kes ini, Rozita dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana ditakrif “kesalahan serius”.

Pada Disember 2016 lalu, sebuah video yang menunjukkan mangsa yang bernama Suyanti sedang terbaring berdekatan longkang di satu kawasan perumahan di Mutiara Damansara dalam keadaan cedera parah.

Pada awalnya Rozita didakwa atas tuduhan cuba membunuh kemudian dia didakwa di bawah Seksyen 326 kerana mencederakan dengan sengaja.

Beliau terikat selama 5 tahun dengan bon berkelakuan baik RM20,000 oleh Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah.

Ramkarpal berkata pindaan Kanun Tatacara Jenayah pada 2016 secara jelas tidak menyediakan pilihan mengikat seseorang yang disabit kesalahan dengan bon berkelakuan baik bawah Seksyen 173A dan 294 apabila seseorang itu didakwa dengan kesalahan serius.

“Pindaan tersebut juga secara jelas tidak mengambil kira keadaan sebelum ini dan oleh itu masih berkuatkuasa dan boleh digunakan semasa Rozita dihukum.

“Dalam keadaan itu, jelas hakim Mahkamah Sesyen bertindak di luar bidang kuasa dalam mengenakan hukuman tersebut terhadap Rozita kerana Seksyen 173A dan 294 tidak lagi membenarkannya berbuat demikian,” katanya.

Beliau meminta Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula keputusan itu dengan segera demi keadilan dan Mahkamah boleh melakukannya tanpa permohonan mana-mana pihak.

Peguam hak asasi Eric Paulen menafikan keputusan mahkamah itu selepas mendengar 10 saksi termasuk mangsa dan doktor yang merawatnya.

“Kami tidak nampak apakah keadaan yang boleh meringankan hukuman Rozita untuk kesalahan serius seperti itu, selepas dia mencederakan dengan sengaja dan telah menyebabkan kecederaan pada tangan, kepala, kaki dan organ dalaman.”

Untuk kepentingan umum kesalahan itu mestilah diambil berat oleh pihak pengadilan.

“Kesalahan sedemikian jika tidak dihukum akan menjadi satu pencabulan, terutama apabila dilihat dalam konteks pelbagai kes penderaan yang berlaku di Malaysia.”

“Kami menyeru peguam negara supaya merayu keputusan Mahkamah Sesyen, agar memberi hukuman yang setimpal dengan jenayah kejam yang dilakukan Rozita,” kata Paulsen, yang mengetuai Lawyers for Liberty. Sumber: Free Malaysia Today , Editor:Anna