Khamis, 8 Mac 2018

Disangkakan Bunyi Anak Kucing, Rupanya Tangisan Bayi


INDONESIA - Seorang bayi perempuan yang tidak berdosa harus menerima nasib malang apabila dirinya terpaksa berpisah dari ibu yang melahirkan dan telah dibuang tanpa belas kasihan.

Bayi itu terbaring di atas meja dengan keadaan cuaca sejuk berhampiran Pasar Ciputat, Tangerang Selatan, Kamis (8/3/2018).

Tangisan bayi itu kedengaran sayu seperti suara kucing meraung telah mencuri perhatian penduduk setempat.

Penduduk yang bernama Sakim, 40 yang bekerja sebagai penjual rokok berkata pada awalnya dia menyangkakan suara kucing namun berasa ingin tahu lalu mencari suara tangisan tersebut dan dia begitu terkejut apabila menjumpai seorang bayi yang ditinggalkan seorang diri pada jam 2.25 pagi.

Setelah menjumpai bayi tersejut, Sakim telah melaporkan kejadian itu kepada Ketua Penduduk Setempat lalu bayi itu dibawa pergi ke klinik yang berhampiran.

Hasil pemeriksaan mendapati bayi itu mengalami demam kerana dibiarkan dalam keadaan cuaca sejuk terlalu lama.

Bayi itu memiliki berat badan 2.5 kg dan tinggi 48 cm dan keadaannya semakin pulih serta masih dalam rawatan.

Pihak polis sedang mencari ibu bapa bayi tersebut serta sedang menyiasat saksi yang berada di kawasan berhampiran.  Sumber:Tribunnews.com , Editor:Anna