Khamis, 15 Mac 2018

Dituduh Palsu, Elly Mazlein Buktikan Payudara Besar Miliknya Asli


Pelakon, pengacara dan penyanyi iaitu Elly Mazlein sekali lagi terpalit dengan kontroversi walaupun dia berazam untuk mengelakkan dirinya daripada terpalit dengan isu panas untuk tahun 2018.

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila beberapa orang netizen mengatakan bahawa bekas peserta Gegar Vaganza itu telah dituduh melakukan pembedahan payudara untuk kelihatan lebih besar daripada sebelumnya.

Namun, Elly yang tidak cepat melatah dengan isu yang dilemparkan terhadapnya itu menyatakan bahawa dia masih lagi menyusukan puteri tunggalnya Putri Sara Sefhia sejak dua tahun yang lalu.

“Sefhia masih menyusu badan, jadi macam mana pulak nak buat payudara. Apa pasti payudara saya ini original dan alhamdulillah rezeki Sefhia juga dapat menyusu badan sehingga ke hari ini.

“Jadi kalau mana-mana wanita yang mahu payudara nampak besar, beranak dan berilah anak anda susu,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Elly juga turut ditanya sama ada dia berasa bimbang apabila ada sesetengah netizen yang menjadikan gambarnya itu sebagai simbol seks.

Elly menyatakan bahawa dia sudah lali dengan perkara terbabit kerana baginya semua itu tidak penting buat dirinya.

“Pada saya itu hak masing-masing nak kata apa. Saya tak boleh tutup mulut orang. Malah selepas sekian lama berkecimpung di dalam industri seni, saya dah biasa dan tak cepat berasa sensitif,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, pengalaman yang lepas dan telah lama berlaku banyak mengajar dirinya supaya sentiasa kuat dan tabah menghadapi dugaan yang dihadapi.

“Dulu bila saya diam je, orang sekeliling macam naik lemak. Tapi kini tidak lagi. Kalau orang cakap benda tak betul saya bagi balik.” Sumber: E Berita, Editor: Sara