Fakta Menarik Tentang Seks Yang Mungkin Anda Tak Tahu


Jika anda seorang penggemar dalam membaca fakta menarik atau sejarah anda pasti akan terkejut apabila membaca fakta menarik tentang seks yang mungkin anda sendiri tidak mengetahuinya.

Ini bukan bermakna kita seorang yang "gila seks" ianya cuma ilmu yang mungkin kita sendiri tidak pernah terfikir.

Pengetahuan tentang seks juga perlu diambil kira tau sebelum mendirikan rumah tangga. Nampak seperti lucah namun hakikatnya ia merupakan ilmu juga bagi kita semua.

Selepas anda habis membaca fakta ini pasti anda akan terkejutt dan pelik dengan pembongkaran tentang seks yang anda baca.

Fakta ini merupakan sejarah orang dahulu yang telah disorok daripada pengetahuan kita semua.Jadi hari ini saya akan bongkarkan kepada anda semua ya.

Jika di Malaysia seks mungkin adalah satu topik yang lucah untuk diperkatakan secara umum. Jadi jangan terkejut selepas membaca fakta menarik dan pelik tentang seks ini

Pertama, permaisuri Rusia pada abad ke-18 akan mengupah pekerja bagi "mengeletek"kaki agar beliau terangsang.



Selama ini kita tidak tahu bahawa ada pekerjaan sebagai pengeletek kaki rupanya.

Permaisuri Rusia, Catherine dan wanita lain seperti Anna Leopoldovna mengupah seorang wanita atau eunuch (dikenali sebagai lelaki yang tidak memiliki zakar) untuk mengeletek kaki mereka ketika sedang berasamara bersama suami.

Kedua,cincin zakar yang diperbuat daripada bulu mata kambing.


Cincin untuk zakar memang amat terkenal masa pemerintahan Song dan Jin di China pada zaman 1200.

Percaya tak sebenarnya ianya diperbuat daripada bulu mata kambing seperti gambar diatas. Hah pelik kan? Tapi ianya benar-benar wujud tau.


Ketiga, dildo yang diperbuat daripada batu.


Ingat orang dulu-dulu tak bijak ke? Mereka lagi hebat dari manusia zaman sekarang tau. Masyarakat dahulu menggunakan dildo yang diperbuat daripada batu dan ianya dijumpai di dalam gua Hohle Fels di Jerman  pada sekitar 28,000 tahun yang lalu.


Zaman kini pun masih lagi wujud dildo cuma ianya sudah dinaik taraf. Dildo zaman kini sudah lembut dan lebih hangat seperti suhu badan manusia.

Tahukah anda dildo adalah nama orang yang berasal daripada Itali.


Keempat, gambar bogel selalu diambil suatu ketika dahulu.

Kebanyakkan daripda kita menyangkan bahawa orang zaman dahulu tidak sehebat orang zaman sekarang.

Namun tahukah anda bahawa kamera sudah lama wujud? Maknannya sudah ramai masyarakat dahulu yang mengambil gambar bogel bukan.

Ada juga gambar yang diambil ketika mereka berasmara sesama jenis iaitu lelaki bersama lelaki dan wanita bersama wanita.

Kelima,doktor zaman Victoria perlu "melancap" pesakitnya.


Histeria seringkali dikaitkan dengan  wanita yang tidak boleh duduk diam dan sentiasa berasa gementar.

Namun doktor pada zaman Victoria telah menemukan penyelesian bagai masalah ini. Doktor akan memberikan sedikit urutan pada bahagian pelvik mengunakan jari mereka.

Jika urutan itu dapat dilakukan dengan betul histeria akan hilang.


Keenam, buku panduan tentang seks boleh dibeli pada abad ke-18 di London.

Pada zaman dahulu rumah pelacuran dan bidang pelacuran dibenarkan. Sebab itu lah zaman dahulu banyak rumah pelacuran jadi tidak heran lah buku mengenai seks banyak dijual dan diterbitkan setiap tahun.

Bukan bukan buku panduan macam memasak tu tau. Buku panduan seks di jual seumpama katalog Avon, terdapat harga,umur ,teknik serta ulasan tentang pekerja yang menawarkan khidmat seks.

Ketujuh, tahukah anda Rome mempunyai 45 rumah pelacuran dan mempunyai isyarat tersendiri.


Percayakah anda pada tahun 300 sebelum Masihi,Rome mempunyai 45 rumah pelacuran. Wahh! Bagi mereka seks adalah keutamaan.

Rumah pelacuran ini tidak dibenarkan beroperasi pada waktu pagi kerana bimbang pekerja tidak mahu pergi bekerja. Bukan itu sahaja tau, pada setiap arah pejalan kaki mempunyai tanda gambar "zakar" yang memberitahu rumah ayam yang berdekatan.

Kelapan, wanita pada zaman Roman akan mengambil peluh gladiator


Jika dizaman kini anak gadis kita akan memuja para artis tak kiralah dalam atau luar negara. Tapi pada zaman Roman para wanita akan memuja gladiator.

Gladiator merupakan ahli pedang atau orang yang mahir dalam menggunakan pedang pada masa Rom Purba. Mereka akan berlawan sesama gladiator yang lain bagi menaik taraf kemahiran mereka. Ada kalanya pertarungan ini akan berakhir dengan kematian.

Golongan wanita akan mengambil peluh dari gladiator untuk dijadikan minyak wangi ataupun pelincir.

Kesembilan, Roman akan menggunakan token khas bagi membayar khidmat seks.


Tahukah anda masyarakat pada zaman dahulu mempunyai masalah untuk memahami pertuturan orang lain.

Dengan token ini askar-asakar hanya tunjuk aksi apa yang mereka mahu dan bayar menggunakan token khas ini. Bijak bukan?


Kesepuluh, teknik wanita dari golongan terhormat di Medieval dalam menipu ujian samaada dara ataupun tidak.

Wanita dari golongan terhormat pada zaman Medieval perlu kekal sebagai anak dara sehinggalah mereka berkahwin. Namun sebenar nya mereka mempunyai cara yang bijak dalam mengaburi mata pasangan mereka dengan meletakkan lintah pada bibir vagina dan darah akan keluar maknanya wanita itu masih anak dara lagi.

Hah ingat orang zaman dahulu tak cukup hebat ke? Mereka lebih arif dari anda. Ini sekadar perkongsian fakta menarik sahaja. Baca sini habis sini ya. Ianya cuma menambahkanlah ilmu pengetahuan anda dari tak tahu sekarang anda jadi tahu. Sumber :Buzzfeed. Editor: Ila Hakimi