Gambar Suspek Utama Liwat Pelajar Tahfiz Tersebar


Berita yang tular di media sosial berikutan kejadian pelajar tahfiz diliwat oleh seorang sukarelawan di Bukit Route telah ditahan oleh pihak polis.

Berhubung dengan kes berkenaan, gambar suspek yang dikenali sebagai Nasrul, 41 telah tersebar di mana gambar dia bersama pelajar tahfiz berkenaan ketika sedang memberi sumbangan.

Nasrul dikenali sebagai seorang yang baik dan selalu datang ke madrasah berkenaan untuk memberi bantuan serta merupakan seorang pegawai kepada seorang kerabat.

Ramai yang tidak menyangka suspek sanggup melakukan perbuatan jijik tersebut kerana kerana akaun media sosial milik suspek cukup popular dengan gambar-gambar dimana suspek membantu madrasah terbabit.

Bermula semalam hingga 19 Mac suspek ditahan reman dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. Sumber:Eberita , Editor:Anna