Rabu, 14 Mac 2018

Gara-Gara Sekat Pernafasan Untuk Kepuasan Seks, Wanita Maut Dicekik Pasangan


ABERDEEN: Gara-gara keinginan seks yang melampau, seorang wanita telah mati di cekik ketika melakukan hubungan tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Chloe Miazek itu meninggal dunia kerana di cekik ketika sedang asyik menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang baru ditemuinya di perhentian bas.

Mangsa yang berusia 20 tahun itu dipercayai telah membawa pulang lelaki terbabit dan dia disahkan telah meninggal dunia di rumahnya di Mark Bruce, 32, di Aberdeen, Scotland.

Namun, apa yang lebih malang lagi, mangsa juga dikatakan maut selang beberapa hari sebelum sambutan hari lahirnya yang ke 21.

Menurut laporan, ketika kejadian tersebut berlaku mangsa dipercayai sedang mabuk sebelum dia bertemu dengan lelaki yang dikenali sebagai Bruce.

Apabila bertemu, kedua-duanya bersepakat untuk mengadakan hubungan seks bersama kerana mempunyai keinginan seks yang sama.

Semasa berhubungan, pasangan tersebut juga turut bersetuju untuk melakukan 'erotic asphyxiation' di mana ia akan menyekat pernafasan untuk mendapatkan kepuasan seks.

Namun nasib tidak menyebelahi Miazek apabila dia mati sejurus selepas dia di cekik oleh pasangannya itu.

Bruce yang terkejut dengan kematian mangsa itu ditemui mundar-mandir berdekatan kediamannya sebelum dia bertindak menyerah diri di balai polis Rosemount dan menceritakan mengenai kematian Miazek.

Oleh kerana itu, Bruce telah mengaku melakukan pembunuhan terbabit tanpa niat dan dia kini masih ditahan sehingga dijatuhkan hukuman pada 5 April nanti. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera