Gara-gara Tidak Diberikan Wang Anak Sanggup Sembelih Ibu



Seorang anak tergamak membunuh ibunya hanya kerana ibunya tidak dapat memenuhi permintaannya yang meminta sejumlah wang pada jumaat lalu di Desa Bocor, Kecamatan Buluspesantren, Kebumen, Jawa Tengah.

Suspek, Samsudi 35 pada awalnya meminta sejumlah wang bernilai Rp 500 ribu kepada ibunya namun ibunya tidak dapat memberi wang yang dimintanya lalu suspek mengamuk dan mengugut akan membunuh mangsa.

Mangsa, Sutarmi binti Mad Muslim melarikan diri ke sawah kerana takut dengan ancaman anaknya itu namun usaha melarikan dirinya gagal kerana terjatuh ketika berlari.

Suspek yang mengejar membawa parang menikamnya berkali-kali dan turut menyembelih kepala ibunya hingga terputus dari badan.

Beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut tidak berani untuk mendekatinya namun mereka telah melaporkan kepada polis.

Mayat mangsa telah dibawa oleh polis untuk tindakan lanjut dan suspek telah ditahan dan kes disiasat di bawah Pasal 340 KUHP kerana membunuh.

Menurut beberapa sumber suspek pernah mengalami gangguan jiwa sebelum ini dan pihak polis akan mahu membuat pemeriksaan jiwa terhadap suspek. Editor:Anna