Sabtu, 17 Mac 2018

Gempar!! Wanita Bersalin Dalam Tandas Hospital


CHALCO – MEXICO- Zuleima Maldonado, 38, dari Miraflores tiba di unit kecemasan pada khamis lalu di Hospital Awam Chalco ditemani kakaknya kerana mahu bersalin kira-kira jam 5 pagi namun tiada seorang pon kakitangan hospital tersebut mengendahkannya.

Selepas tiada sesiapa yang mahu menerima dan mendaftar namanya, Zuleima buat keputusan untuk pulang ke rumah.

Menurut saksi kejadian itu, sebelum pulang, Zuleima masuk ke tandas hospital itu dahulu.

“Saya mendengar tangisan bayi tidak lama selepas dia masuk ke tandas. Serentak itu, ahli keluarganya yang lain segera datang membantunya.” katanya

Doktor hanya datang memberi bantuan selepas berulang kali dipanggil.

Bayi itu dibawa ke unit kecemasan (ICU) dan keadaannnya dilaporkan stabil setelah diperiksa.

Salah seorang kakitangan hospital membuat pengakuan mereka terpaksa menolak pesakit itu kerana kekurangan ubatan dan tidak mempunyai peralatan pembedahan yang lengkap.

Tambahnya lagi, walaupun telah memaklumkan kepada pengarah hospital Irma Alejandro Gonzales Reyes mengenai masalah tersebut namun tidak ada sebarang tindakan lanjut diambil.

Difahamkan, ini bukan kali pertama insiden pengabaian pesakit berlaku di hospital kerajaan di Mexico.

Kes pengabaian pesakit yang berlaku di negara terbabit dilaporkan sudah berulang kali kerana mempunyai peralatan pembedahan yang lengkap. Sumber: Sinar Harian, Editor:Anna