Guru Terima Padah Kerana Menegur Pelajarnya Di Dalam Kelas


Seorang guru wanita dimasukkan ke sebuah hospital kerana telah dipukul dan dibaling dengan sebuah kerusi oleh pelajarnya sendiri gara-gara guru terbabit cuba menegur perlakuan buruk yang dilakukan oleh pelajarnya itu.

Peristiwa ini dikatakan berlaku di SMP Darussalam, Indonesia di mana kejadian ini telah berlaku semasa proses pembelajaran dijalankan di dalam kelas.

Menceritakan mengenai kejadian ini, pelajar terbabit dipercayai sedang bermain telefon bimbit semasa gurunya itu yang dikenali sebagai Nuzul Kurniawati sedang mengajar.

Oleh kerana tindakan pelajar terbabit mengganggu pelajar yang lain, guru terbabit lantas menegur dan menyuruhnya untuk menyimpan telefon bimbit terbabit.

Namun, pelajar terbabit mulai berang dan marah lantas dia terus membaling telefon bimbit tersebut sehingga terkena telinga guru itu serta turut mengambil kerusi duduknya dan terus membalingnya ke arah guru terbabit sehingga guru itu tercedera di bahagian leher.

Akibat daripada kejadian tersebut, guru tersebut telah mengalami kecederaan dan dia terus berlari keluar ke bilik guru untuk mendapatkan bantuan lantas menceritakan perkara tersebut kepada pengetua sekolah.

Pelajar terbabit bagaimana pun telah dipanggil ke bilik guru untuk menceritakan perkara sebenar di mana akhirnya dia mengaku bahawa dia telah bertindak sedemikian kerana dia memberitahu bahawa dia tidak suka saat guru terbabit cuba merampas telefon bimbitnya itu.

Dengan pengakuan yang dibuat itu, ibu bapa kepada pelajar terbabit telah dipanggil dan akhirnya mereka sekeluarga terpaksa membuat permohonan maaf kepada guru terbabit.

Bagaimana pun, menurut pengetua sekolah terbabit, kes ini dikatakan telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Guru tersebut yang mengalami kecederaan parah itu kemudiannya di bawa ke Hospital Soedarso untuk pemeriksaan lanjut kerana kecederaan yang dialaminya itu agak parah.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, pelajar terbabit kemungkinan akan dikenakan hukuman kerana telah melakukan penganiyaan ke atas gurunya sendiri. Sumber: 60 Detik News, Editor: Iera