Ibu Tunggal Mangsa Samun Ditumbuk Di Kepala dan Diikat


Seorang wanita yang bergelar ibu tunggal terpaksa menanggung kerugian sebanyak rm5000 dan turut mengalami kecederaan selepas ditumbuk di kepala dalam kejadian samun yang berlaku di rumahnya di Kampung Juasseh Tengah, Kuala Pilah, semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang ketika mangsa, Junaidah Maarof, 51, sedang mengunci pintu pagar rumah untuk ke Kuala Pilah bagi membeli barangan keperluan dapur.

Secara tiba-tiba mangsa dihampiri seorang lelaki dan merampas beg tangannya lalu berlari ke belakang rumah.

Mangsa mengejar suspek berkenaan untuk mengambil semula begnya lalu berlaku pergelutan antara mereka.

Ketika sedang bergelut, lelaki itu sempat meragut dua rantai leher dan gelang yang dipakai mangsa serta menumbuk kepalakanya sehingga terjatuh.

“Lelaki itu kemudiannya mengikat kedua-dua tangan saya menggunakan tali ampaian dan mulut saya diikat menggunakan tudung yang dipakai sebelum melarikan diri bersama Proton Wira milik saya menghala ke Pelangai,” katanya.

Junaidah berkata selepas berjaya membuka ikatan, dia terus berlari berlari mendapatkan bantuan jiran serta menghubungi menghubungi polis.

Katanya, selain barang kemas, dia juga kehilangan wang tunai RM300, kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, dua telefon pintar dan sebuah tab yang keseluruhannya dianggarkan RM5,000.

Kereta Proton Wira milik mangsa yang dilarikan penyamun berkenaan berjaya ditemui kira-kira 20 minit kemudian di dalam semak berhampiran rumah mangsa.

Kini pihak polis sedang giat mencari suspek dan sekiranya orang ramai orang ramai yang menyedari kehadiran individu yang mencurigakan di sekitar lokasi kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna