Identiti Mayat Wanita Berkepala Berjaya Dikenal Pasti.


Baru-baru ini kecoh apabila seorang wanita telah ditemui tanpa sebarang anggota badan di tebing Sungai Batang Lupar, Sarawak.

Identiti wanita terbabit bagaimana pun baru sahaja dikenal pasti sebagai warga China.

Terdahulu, mayat wanita terbabit ditemui dengan hanya berkepala tanpa mempunyai sebarang anggota badan yang lain di kawasan kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, identiti mangsa yang dikatakan berusia 31 tahun itu berjaya dikenal pasti apabila pihaknya telah menangkap seorang lelaki iaitu suami kepada mangsa.

Tambahnya lagi, lelaki tersebut iaitu suspek yang berusia 42 tahun itu adalah salah seorang peniaga tempatan di kawasan bandar tersebut.

“Peniaga tersebut ditahan untuk membantu siasatan lanjut berkaitan kes kematian isterinya setelah keterangan yang diberikan kepada polis didapati meragukan.”

“Bapa kepada dua anak itu telah di reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes itu telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Penemuan mayat tersebut telah menggemparkan penduduk yang menetap berdekatan Sungai Batang Lupar di Skiat Lama apabila mereka menemui mayat seorang wanita tanpa badan terdampar di tebing sungai terbabit.

Bagaimana pun, mayat mangsa tanpa badan tersebut telah di bawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat. Sumber: E Berita, Editor: Iera