Sabtu, 10 Mac 2018

Video Isteri Bengang Suami Terlalu Obses Dengan Mobile Legend, Muka Suami Ditekap Dengan Gam Tikus




Kebanyakan individu zaman kini menggemari permainan mobile legend. Ada yang bermain permainan mobile legend tanpa jemu sehingga mengabaikan tanggungjawab dan tugas yang lain sehingga menimbulkan kemarahan orang sekeliling. Demikian adalah sebuah kisah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila terlalu obses bermain permainan mobile legend.

Sebuah video menunjukkan satu kejadian berlaku di Jiamusi Wilayah Heilongjiang, China, di mana seorang isteri mula berasa bosan dengan sikap suaminya yang tidak mempedulikannya apabila bermain permainan di telefon bimbitnya bertindak untuk menekap muka suaminya dengan pelekat gam tikus.

Video itu menunjukkan isteri sedang berjalan sambil memegang pelekat gam tikus tersebut lalu menekap ke muka suaminya kemuadian ketawa melihat rancangannya berjaya.

Suami itu terkejut dengan tindakan isterinya berhenti bermain telefon bimbitnya cuba menanggalkan gam tersebut sambil meraung kesakitan. Editor:Anna