Khamis, 15 Mac 2018

Jom Baca! Fakta Menarik Tentang Tubuh Badan Anda


Manusia adalah ciptaan yang terindah di mana tubuh badan manusia adalah jauh lebih menarik dan menakjubkan daripada apa yang kita ketahui.

Tanpa kita sedar, kita hanya mengetahui kelemahan yang ada pada tubuh badan kita sahaja tanpa kita mengetahui tentang kehebatan yang tersembunyi yang sangat mengagumkan.

Mari kita lihat fakta sains mengenai tubuh badan kita sendiri yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama.

Otak adalah organ yang terpenting dalam badan manusia. Fakta mengatakan bahawa operasi otak manusia adalah bersamaan dengan jumlah kuasa bagi sebiji mentol 10 watt.

Otak manusia juga turut menggunakan lebih kurang 200 kilo kalori sehari yang bersamaan dengan 10 watt kuasa. Sebagai perbandingan yang lebih jelas, 10 watt itu adalah bersamaan dengan 1/10 daripada kuasa yang digunakan oleh sebiji mentol dengan kekuatan 100 watt.




Kulit badan manusia juga akab 'bersalin' setiap 7 tahun. Terdapat sebanyak 25, 000, 000 sel anda yang telah mati sebaik sahaja anda habis membaca ayat ini.

Tetapi anda tidak perlu bimbang kerana dalam masa yang sama juga, badan kita akan terus menghasilkan 300 billion sel pada setiap hari bagi menggantikan sel yang rosak dan musnah. Perkara ini akan berterusan sehingga semua sel telah digantikan dengan lengkap selama 7 tahun.



Fakta menarik yang berikutnya adalah impuls saraf bergerak bagi manusia adalah selaju 250km sejam.

Impuls atau lebih dikenali sebagai isyarat saraf akan bergerak dengan sangat laju, iaitu sehingga 250 km sejam. Ini adalah bersamaan dengan kelajuan kereta Formula 1.

Bagaimanapun, kelajuan ini juga dikatakan akan bergantung kepada sesetengah saraf. Sebagai contohnya, jari yang terbakar akan cepat menghantar isyarat kepada otak terus kepada jari tersebut supaya menjauhi api dalam masa sekelip mata.



Seterusnya, jumlah sel yang terhasil dalam badan manusia juga adalah lebih banyak daripada jumlah bintang di galaksi.

Umum mengetahui bahawa seluruh badan kita terdiri daripada 75 trillion sel. Setiap satu sel pula adalah bersamaan dengan sebuah kota yang lengkap dengan segala kemudahan dan peraturannya masing-masing.

Jika semua ini dibandingkan pula dengan kewujudan 400 billion bintang di galaksi, sudah tentu sel dalam tubuh kita lebih banyak mendahului. 


Justeru itu, sebanyak 100, 000 batu panjang salur darah manusia yang terdapat di dalam badan manusia.

Jika kesemua salur darah yang ada pada seorang kanak-kanak kecil disambungkan anda akan dapat sehingga 60, 000 batu panjangnya.

Apa yang lebih menakjubkan lagi bagi orang dewasa pula adalah panjangnya boleh mencecah sehingga 100 000 batu dan jika ianya dililit pada bumi pula, salur darah tersebut akan dapat membuat lebih daripada 4 lilitan.


Fakta terakhir yang menarik mengenai tubuh badan manusia juga ialah sel badan manusia akan bertindakbalas dengan niat dan fikiran anda.

Minda manusia sangatlah berkuasa dan benar-benar dapat mengawal segala kelakuan dan tingkahlaku tubuh anda.

Dalam pada masa yang sama, anda juga dapat mengawal minda anda dan dapat menyalurkan nya kepada jalan yang lebih baik. Sentiasalah berfikiran positif, kerana fikiran positif akan juga menarik perkara positif, seperti menguatkan fungsi imunisasi tubuh.

Oleh itu, jagalah dan hargailah tubuh badan anda. Sumber: Cikgu Hailmi, Editor: Ira