Sabtu, 17 Mac 2018

Kanak-Kanak Lemas Ketika Memetik Bunga Di Tepi Sungai.


KOTA SAMARAHAN: Seorang kanak-kanak telah meninggal dunia gara-gara lemas selepas tergelincir daripada tebing sungai ketika hendak memetik bunga.

Mayat kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Sherry Ak Jimbat yang baru sahaja berumur 3 tahun itu bagaimanapun telah berjaya ditemui.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa itu bergegas ke tempat kejadian sejuru panggilan diterima.

APM bagaimanapun telah berjaya menemui mayat kanak-kanak terbabit yang terapung tidak jauh daripada tempatnya yang tergelincir itu.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak keluarga sebelum dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Editor: S