Kejam !!! Suami Cincang Dan Makan Otak Isteri


FILIPINA: Seorang suami telah ditahan pihak berkuasa tempatan kerana didakwa membunuh isterinya dengan kejam dan ngeri di Kota Quezon, Filipina.

Suspek yang berusia 43 tahun itu membunuh isterinya dan dia juga turut tergamak mencincang dan memakan otak isterinya sendiri secara mentah.

Kejadian itu mula disedari oleh jiran kepada mangsa apabila mereka ternampak suspek melontar keluar sebahagian tubuh badan mangsa yang telah terlerai di rumah rumah mereka.

Suami terbabit yang dikenali sebagai Estrera menyatakan bahawa dia sedikit pun tidak berasa menyesal melakukan perbuatan tersebut.

Menurutnya lagi, dia bertindak sedemikian kerana menganggap isterinya Hiede, 46, itu adalah syaitan yang bertopengkan manusia dan turut membawa rahim syaitan di dalam badannya.

“Dia kacau saya kerana dia adalah Iblis, dia memberitahu saya sendiri bahawa dia adalah Iblis,” kata Estrera.

Pihak polis kota terbabit memberitahu bahawa suspek akan dibawa menjalani pemeriksaan psikologi dan psikiatri untuk mengetahui keadaan mentalnya sama ada baik atau tidak.

Dalam pada masa yang sama, suspek juga turut memberitahu bahawa dia membunuh isterinya itu adalah kerana sifat kebencian yang telah lama dibina iaitu semasa perkahwinan mereka selama 16 tahun.

Tambah pihak polis, suspek dilihat tidak mempunyai sebarang tanda penyesalan dan menyatakan bahawa dia adalah bahaya untuk masyarakat setempat.

Berdasarkan ujian dadah awal yang dijalankan oleh Unit Pengesanan Penyiasatan Jenayah QCPD ia jelas menunjukkan bahawa Estrera negatif dadah, walaupun dia mengaku bahawa dia pernah menggunakan 'syabu' (kristal meth) pada tahun 2002.

Hasil daripada laporan, pihak berkuasa berjaya menemui sebilah pisau dapur berukuran 13 inci dengan kesan darah dan juga sebilah tukul berdarah yang ditemui di bahagian tubuh mangsa.

Pihak polis percaya bahawa suspek telah bertindak membelah perut isterinya untuk memeriksa sama ada dia mengandung atau tidak.

Namun, menurut sumber, isterinya itu langsung tidak pernah mengandung serta mereka berdua juga langsung tidak mempunyai anak.

Selain memotong anggota badannya,suspek menyatakan juga bahawa dia juga turut memerah wajah isterinya sambil memandang matanya dan turut memakan bahagian otaknya selepas dia berjaya menghancurkan kepala isterinya itu dengan menggunakan tukul. Sumber: E Berita, Editor: Iera