Isnin, 12 Mac 2018

Kejam!! Suami Sanggup Halau Dan Baling Kerusi Pada Isteri



Seorang suami bukan sahaja tidak menghargai pengorbanannya malah bersikap kejam kerana telah menghalau isteri dan turut membaling kerusi ke arah isterinya sehingga lebam di bahagian paha kanannya dalam kejadian di Permyjaya, Miri, tengah hari kelmarin.

Mangsa yang berusia 48 tahun itu bekerja sebagai tukang cuci telah banyak berkorban untuk keluarga termasuk membayar sewa rumah.

Punca kejadian itu dikatakan kerana suami bersikap panas baran pulang dalam keadaan mabuk dan mengamuk secara tiba-tiba.

Suami mangsa secara tiba-tiba membaling kerusi menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terkena paha kanan mangsa.

Suspek turut mengugut mahu mencederakannya menggunakan parang selain menghalau keluar namun mangsa tidak mahu keluar kerana dia yang membayar sewa.

Kejadian seperti itu bukan kali pertama berlaku malahan sudah berulangkali setiap kali suaminya pulang dalam keadaan mabuk.

Mangsa yang tidak tahan dengan sikjap suaminya telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri mengenai kejadian itu dan siasatan polis sedang di jalankan. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna