Rabu, 14 Mac 2018

Kerana Cemburu Lelaki Bunuh Dan Sorok Mayat Kekasih Dalam Almari.


GEORGETOWN: Pihak polis berjaya menemui mayat seorang wanita yang dipercayai warga Indonesia di dalam sebuah almari dalam sebuah rumah di Paya Terubong, Georgetown, Pulau Pinang.

Wanita terbabit yang berusia 25 tahun itu dipercayai telah di sumbat di dalam sebuah almari pakaian yang berkunci oleh dua lelaki dipercayai warga Nepal yang menghuni rumah terbabit selepas beberapa orang jiran berasa curiga dengan bau busuk yang datang daripada rumah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, mangsa iaitu Santi Restauli Simbolon dan bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, dipercayai telah meninggal dunia sejak tiga hari yang lalu di mana kelibatnya langsung tidak kelihatan sebelum dia dibunuh.

Pihak polis yang menerima laporan mengenai perkara tersebut terpaksa memecahkan pintu bilik yang di kunci itu selain turut memecahkan mangga almari yang menyimpan mayat wanita berkenaan.

Mangsa dipercayai adalah kekasih kepada salah seorang lelaki Nepal yang menghuni rumah terbabit yang dikenali sebagai Sandip Gurung di mana dia turut datang beberapa kali ke rumah terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Namun begitu, suspek yang berusia 27 tahun itu dipercayai telah menghilangkan diri dan menurut rakannya, suspek ada datang ke rumah terbabit pada hari Sabtu yang lalu namun dia hanya singgah sekejap sebelum dia menghilangkan diri.

Motif kejadian ini dipercayai kerana cemburu, manakala siasatan awal ke atas mayat mangsa mendapati bahawa tiada sebarang kesan kecederaan di bahagian luar tubuh mangsa.

Bagaimana pun, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sumber: E Berita, Editor: Iera