Kerana Dendam, Isteri Bunuh Suami Bakal Menerima Hukuman Mati



Perselisihan faham sering terjadi dalam rumahtangga bagi pasangan yang berkahwin. Malahan turut mengancam nyawa pasangan apabila salah seorang tidak dapat mengawal perasaan.
Seorang Isteri di Palembang bakal menerima hukuman mati apabila telah membunuh suaminya akibat menyimpan dendam selama 20 tahun ditambah pula dengan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Difahamkan, isteri tersebut telah menikam suaminya sebanyak 3 kali dibahagian perut semasa mereka sedang bertengkar di rumah namun suami masih hidup dan kerana berasa tidak puas hati wanita itu bertindak untuk menikam semula suaminya di hospital ketika sedang dirawat sehingga maut pada 7 March 2018.
Menurut saksi ketika mereka bertengkar di rumah, mangsa Isnadi, 39, sempat memukul isterinya Suciaty, 37, sebelum suspek bertindak menikam apabila kemarahannya meluap.
Selepas menerima tikaman daripada isteri, mangsa dikejarkan ke hospital oleh adik iparnya.
Suspek tidak puas hati apabila mendengar suaminya masih hidup terus bergegas ke hospital di mana suaminya mendapatkan rawatan bertindak menikam kembali menggunakan pisau yang sama di bahagian perut sebanyak 3 kali hingga meninggal dunia.
Jururawat bertugas menyedari kekecohan yang berlaku di bilik hospital tersebut terus mengadukan hal itu kepada petugas keamanan hospital terbabit.
Suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
Menurut suspek dia kembali menikam semula suaminya sehingga meninggal dunia kerana bimbang mangsa akan membalas dendam terhadapnya.
Tambahnya lagi, sudah sekian lama dia dan suami sering bertelingkah dan kerap kali dia menjemput suaminya di rumah kekasih gelap kerana tidak pulang ke rumah serta suaminya selalu mengasari beliau sejak berkahwin.
Suspek kini dalam tahanan dan didakwa di bawah pasal 340 KUHP kerana melakukan pembunuhan dan bakal menerima hukuman mati. Sumber:Eberita , Editor:Anna