Rabu, 14 Mac 2018

Ketua Pegawai Operasi Didakwa Kerana Mencabul



Petaling Jaya - Seorang Pegawai Operasi sebuah syarikat perkhidmatan kurier didakwa di Mahkamah Majistret pada hari ini atas pertuduhan mencabul seorang bekas kakitangan wanita syarikat itu empat tahun lalu.

Bagaimanapun suspek menafikan tuduhan itu dan mengaku tidak bersalah.

Indraa Izwan Mohd Yusof, 35 didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa di hadapan lif Blok B, Tingkat 4, Kelana Jaya Business Centre, Jalan SS7/2 dekat sini antara pukul 9.50 pagi dan 10 pagi, 18 September 2014.

Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy mengemukakan pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Ketika pendakwaan dijalankan di Mahkamah tertuduh diwakili peguan Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud.

Majistret Nurulhuda Zakaria membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 April. Editor:Anna