Sabtu, 10 Mac 2018

Lelaki Maut Gara-Gara Topi Keledar


Satu kemalangan maut telah berlaku di mana seorang pemandu kereta kancil dipercayai telah merempuh sebuah bas kilang.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Sungai Rawa, bagan Serai, Perak di mana lelaki terbabit menaiki sebuah kereta Perodua jenis Kancil dengan nombor pendaftaran ADS 489.

Difahamkan, kejadian itu telah berlaku di mana pemandu kereta terbabit yang dikenali sebagai Lee Jin Wah dikatakan cuba mengelak daripada sebiji topi keledar yang jatuh daripada sebuah motosikal di atas jalan raya. 

Namun, dia tidak menyangka bahawa perkara itu menyebabkan kenderaan yang dipandunya itu terbabas lalu merempuh sebuah bas pekerja di bahagian hadapan.

Menerusi gambar, kereta kancil tersebut kelihatan remuk di bahagian hadapan di mana pemandu ataupun mangsa terbabit kelihatan tersepit di dalam kereta.

Pihak bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit tiba di tempat kejadian dan mencuba sedaya upaya untuk mengeluarkan mangsa daripada kereta tersebut.

Mangsa bagaimana pun dikatakan telah meninggal di tempat kejadian dan mayat mangsa kemudiannya di bawa ke hospital berhampiran untuk di bedah siasat. Editor: Iera