Sabtu, 10 Mac 2018

Lelaki Nekad Gantung Diri Selepas Cintanya Tidak Direstui


Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan yang mendukacitakan di mana dia kelihatan tergantung di belakang rumahnya semalam dipercayai membunuh diri.

Lelaki terbabit dikatakan bertindak sedemikian kerana hubungan cinta bersama gadis pilihan hatinya tidak direstui oleh ahli keluarga.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan tergantung oleh kakaknya di kawasan belakang rumah.

Berdasarkan keterangan daripada kakaknya, dia menjumpai mayat adiknya itu yang diikat dengan tali nilon dan digantung pada bumbung bahagian dapur sekitar jam 5.00 pagi tadi.

Oleh kerana terkejut dengan penemuan itu, dia segera memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarganya sebelum mereka menghubungi pihak polis.

Tambahnya lagi, mangsa yang berusia 25 tahun itu dikatakan sedang mengalami kemurungan serta tekanan kerana ahli keluarganya tidak bersetuju dan tidak membenarkan dia untuk menjalinkan hubungan dengan wanita pilihannya.

Pihak polis dalam pada masa yang sama juga turut menyatakan bahawa tiada unsur jenayah yang terlibat dan dikaitkan dengan kematian mangsa.

Kes ini bagaimana pun telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut iaitu mangsa telah bertindak membunuh diri.

Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga untuk tindakan lanjut. Sumber: E Berita, Editor: Iera