Mayat Wanita Curang Ditemui Di Dalam Bilik Hotel


INDONESIA: Seorang isteri telah meninggal dunia apabila mayatnya telah ditemui di dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Jawa Timur.

Wanita tersebut dipercayai telah berlaku curang dengan suaminya dan turut berbohong kepada suaminya sebelum mayatnya itu ditemui dalam keadaan yang tidak diduga di bilik hotel terbabit.

Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu dipercayai telah ke hotel terbabit dengan seorang lelaki yang dan dia dikatakan telah meninggal dunia ketika mereka berdua sedang melakukan hubungan intim.

Menceritakan mengenai kejadian itu, seorang pekerja hotel memberitahu bahawa pasangan kepada mangsa telah berlari keluar daripada bilik untuk memohon bantuan selepas dia mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit mendapati bahawa terdapat najis yang bercampur darah di bahagian seluar dalamnya.

Dalam pada masa yang sama, pihak polis turut menyatakan bahawa tiada sebarang kecederaan mahupun kekerasan yang dilakukan ke atas tubuh badan mangsa.

Suami kepada mangsa yang mengetahui kejadian tersebut menceritakan bahawa sebelum kejadian terbabit, isterinya itu sempat meminta izin untuk pergi membaiki telefonnya yang rosak.

Malahan, suaminya itu juga turut menghantar mangsa ke perhentian bas yang berdekatan sebelum dia pulang ke rumah untuk mengambil anak mereka daripada sekolah.

Menurut sumber, mangsa dipercayai telah berbohong kepada suaminya di mana dia sengaja mencari alasan untuk keluar bertemu dengan kekasihnya itu.

Bagaimanapun, mayat mangsa itu telah dibawa ke hospital yang berdekatan untuk dibedah siasat.

Sehingga kini pihak polis masih lagi menyiasat untuk mengatahui punca sebenar wanita itu meninggal dunia. Sumber: E Berita, Editor: Iera