Sabtu, 10 Mac 2018

Video Neelofa Dikecam Gara-Gara Sindir Fazura


Satu video mulai menjadi hangat apabila pelakon dan usahawan terkenal iaitu Neelofa dikatakan telah menyindir Fazura iaitu isteri kepada pelakon Fattah Amin.

Rakaman video tersebut mulai menjadi hangat apabila ianya telah dimuat naik melalui laman sosial Twitter di mana seorang peminat dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Neelofa itu.

Video sindiran itu telah dimuat naik di mana Neelofa yang sedang disolek berkata 'tiada shawl dan turban, tiada penggambaran'.

Namun, diolag ini dipercayai telah dirakamkan oleh Fazura terlebih awal melalui laman Instagram miliknya di mana Fazura berkata bahawa 'tiada kek batik, tiada shooting'.

Perkara yang diucapkan oleh Neelofa itu ternyata disokong sendiri oleh make-up artist (MUA) Neelofa yang menyatakan bahawa kenyataan sinis Neelofa itu adalah 'kejam'.

Rata rata netizen menganggap bahawa tindakan yang dilakukan oleh Neelofa itu adalah tindakan yang tidak perlu dilakukan oleh dirinya sendiri. Sumber: Rotikaya, Editor: Iera

Kredit Video: Koleksi Frankadam