Rabu, 7 Mac 2018

Neelofa Tidak Digugurkan Daripada Senarai Ikon Wanita


Neelofa adalah salah satu selebriti yang tidak pernah lekang dan sentiasa mendapat perhatian media dan tambah panas lagi apabila berita pelancaran tudungnya itu telah mendapat perhatian yang hebat daripada netizen.

Difahamkan, isu terbabit masih lagi mendapat perhatian umum di mana masih ada lagi segelintir netizen yang mengecamnya walaupun Neelofa tampil membuat permohonan maaf mengenai isu terbabit.

Melalui berita terbaru mengenai Neelofa, pelakon dan usahawan ini dikatakan telah digugurkan daripada tersenarai di dalam Ikon Wanita Negara 2017.

Difahamkan, berita mengenai pengguguran nama terbabit telah dibuat oleh pihak kementerian itu sendiri di mana mereka juga tidak mahu terkena tempias mengenai isu hangat yang berlaku kepada Neelofa.

Namun begitu, pihak pengurusan Neelofa menafikan mengenai berita terbabit dan memberitahu bahawa nama Neelofa masih lagi tersenarai di dalam senarai terbabit.

Antara senarai penerima ikon wanita itu selain Neelofa adalah Vivy Yusuf, Datuk Nurul Hidayah serta Datuk Ziela Jalil di mana kesemua mereka ini dijangka akan menerima anugerah ini dalam masa yang terdekat.

Terdahulu, nama Neelofa juga pernah tersenarai di dalam majalah Forbes 30 Under 30 Asia di mana itu merupakan pencapaian terhebat yang diterimanya. Sumber: Rotikaya, Editor: Iera