Ngeri!!! Mangsa Kemalangan Melekat Pada Cermin Kereta Selamat 30 Minit


Seorang individu penunggang motosikal melekat hampir 30 minit pada cermin hadapan sebuah kereta selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, hari ini.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 1.30 pagi ketika mangsa, Adline Asline, 20 membuat pusingan U di hadapan bangunan pusat beli belah berhampiran hotel, manakala kereta PERODUA Myvi dari bulatan Wawasan menuju ke Waterfront.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung menyebabkan mangsa terpelanting dan tersepit pada hadapan cermin kereta.

Sejurus dari kemalangan itu, orang awam menelefon pihak bomba supaya datang ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada rekahan cermin kereta terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, selepas menerima panggilan pada 1.50 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu diarahkan pergi ke lokasi yang terletak tiga kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, seorang mangsa parah iaitu penunggang motosikal disyaki terhumban di hadapan cermin kereta akibat impak kemalangan itu.

“Pasukan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan kemudian membuat penstabilan keadaan mangsa dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada ambulans dari Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan,” katanya.

Difahamkan, mangsa patah kaki namun keadaannya stabil. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna