Para Wanita Sila Ambil Perhatian!! Tanda-Tanda Awal Kanser Serviks Yang Mungkin Anda Tak Tahu.


Kanser pangkal rahim atau dikenal sebagai kanser serviks merupakan penyakit kedua paling tinggi akan berlaku kepada wanita di Malaysia. Penyakit ini terdapat sel-sel kanser di dalam pangkal rahim seseorang wanita itu.

Servik pula dirujuk sebagai satu struktur yang berbentuk seperti leher. Ianya merupakan sebahagian daripada rahim yang merupakan saluaran menghala ke arah faraj seseorang wanita.


Pangkal rahim terbahagi kepada dua jenis sel yang pertamanya bahagian luar pangkal rahim dan yang kedua dalam bahagian servik.

Di antaran kedua-dud jenis sel inilah terdapat satu persimpangan yang dipanggil sebagai zon transformasi atau zon pertukaran.


Pada kawasan inilah sampel ujian PAP akan diambil dan disinilah akan dapat dikenal pasti sama ada seseorang itu menghidapi kanser pangkal rahim ataupun tidak.


Kanser serviks dikategorikan kepada empat peringkat. Pada mula nya doktor akan menentukan jenis rawatan.Berikut merupakan tanda-tanda awal kanser serviks.



Pertama,akan berlaku pendarahan yang tidak normal keluar daripada faraj seseorang wanita itu.

Pendarahan tidak normal yang dimaksudkan adalah diantara tempoh haid anda. Sebagai contoh pendarahan ketika haid  ataupun darah haid anda terlalu lama daripada tarikh nya, selepas bersetubuh bersama pasangan anda, selepas menopaus (tidak datang bulan atau sudah habis darah haid) dan selepas membuat pemerikasaan pelvik.


Pendarahan ini berlaku akibat daripada kapilari yang baru sahaja wujud. Kapilari adalah adalah saluran darah yang paling kecil dalam badan. Oleh sebab itu, wujud nya kapilari yang tidak normal pecah dan berlaku lah pendarahan.

Kedua, akan keluar cecair luar biasa melalui faraj anda.

Apabila keluarnya cecair pucat,berair yang berwarna coklat didapati bercampur bersama darah keluar daripada faraj anda serta cairan itu dalam kuantiti yang banyak dan mengeluarkan bau. Cecair ini juga boleh menjadi petanda awal bahawa anda mungkin penghidap kanser serviks. Untuk kepastian sila rujuk doktor pakar.

Ketiga, sakit ketika bersetubuh bersama pasangan.

Sakit ketika melakukan hubungan seks juga merupakan salah satu tanda awal kanser serviks. Ada  kemungkinan sel-sel kanser telah merebak ke seluruh tisu di dalam organ pembiakan.


Keempat,kesakitan pada pelvis.

Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis merupakan satu perkara biasa bagi kaum wanita semasa datang bulan.Namun sekiaranya kesakitan ini kerap berlaku dalam tempoh masa yang lama dan berlaku pada tempoh masa anda tidak datang bulan ini juga boleh menjadi tanda-tanda awal kepada kanser pangkal rahim.


Kelima,rasa sakit ketika anda membuang air kecil.

Anda akan rasa tidak selesa semasa membuang air kecil termasuklah rasa seperti pedih dan kencing anda tidak lawas. Perkara ini terjadi kemungkinan kanser telah merebak kepada tisu yang berdekatan.


Namun selain daripada petanda awal kanser ianya boleh terjadi kepada masalah yang lain iaitu jangkitan saluran kencing, masalah pundi kencing atau jangkitan yis/kuman pada alat kelamin.


Keenam, tempoh haid anda terlau lama serta darah haid banyak daripada biasa.

Peranhkah anda mengalami tempoh haid yang lama serta darah haid banyak  tidak seperti selalu. Tahukah anda seseorang wanita jika menukar tuala wanita pada setiap 2 jam kerana terlalu banyak darah haid nya adalah tidak normal. 

Namun kadang-kala ianya boleh membawa punca kepada masalah seperti ketidakseimbangan hormon, fibroid, polip, endometriosis dam sebagainya.


Ketujuh, kerap membuang air kecil atau sukar untuk mengawal pundi kencing nya.

Pernahkah anda mengalami masalah ini? Kerap membuang air kecil ia nya boleh menjadi tanda-tanda awal kepada penyakit kanser pangkal rahim. Mereka yang sukar mengawal pembungan air kecil atau air kecil nya keluar bersama darah adalah tanda-tanda awal kepada masalah ini. Ianya terjadi kerana kanser telah merebak pada luar kawasan setempat serta memberikan kesan kepada masalah pundi ataupun saluaran kencing.

Kelapan,hilang berat badan secara mendadak.

Ini adalah petanda utama kanser mula menyerah tubuh badan kita, sistem ketahanan di dalam tubuh badan tidak mampu bekerja untuk melawan sel-sel kanser. Di dalam tubuh badan kita terdapat protein kecil yang dipanggil sebagai cytokines tugasnya adalah memecah lemak di dalam tubuh badan kita pada kadar yang tinggi dari biasa. Apabila lemak tersebut pecah, berat badan kita pun akan turun secara mendadak sedangkan kita tidak bersenam atau mengamalkan diet.



Kesembilan, mudah letih.

Meskipun anda sudah berehat secukupnya,anda masih lagi berasa letih dan lesu. Pada saat ini, sel darah merah pesakit kanser serviks akan digantikan dengan sel darah putih bagi melawan sel-sel kanser. Oleh sebab kekuarangan darah mereka boleh menghidapai anemia iaitu mengalami keletihan yang melampau dan kurang selera makan.



Kesepuluh, benjolan atau bengkak pada kaki.

Kanser mula merebak dan akan menghalang aliran darah pada tubuh padan anda. Sebab itulah ianya akan timbul bengkak pada bahagian kaki. Namun ia tidak bermaksud jika anda mengalami sakit kaki biasa ianya berpunca daripada sel kanser yang mula merbak. Pastikan dahulu anda mempunyai tanda-tanda awal kanser yang lain. Jika berasa ragu anda boleh terus rujuk kepada doktor pakar mereka lebih arif tentang penyaki ini.

Sebab itulah gologan wanita digalakkan untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan suntikan HPV bagi menagurangkan risiko kepada penyakit ini.Editor: Ila Hakimi