Pemandu Dibakar Hidup-Hidup Kerana Cemburu


Seorang pemandu telah mengalami saat yang mendukacitakan di mana dia telah dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki dipercayai bekas lelaki kekasihnya kerana cemburu.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Kampung Limusnunggal, Kecamatan Cileungsi, Kabupaten Bogor, Jawa Barat.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami penderitaan kerana tubuhnya itu terbakar dan menyebabkan kecederaan yang teruk.

Menurut saksi, kejadian ini dianggarkan berlaku pada jam 11.00 di mana pemandu terbabit telah didatangi oleh suspek ketika mangsa dikatakan berada di rumahnya.

Suspek dikatakan telah mengetuk pintu rumah mangsa berulang kali dan turut menjerit memanggil mangsa supaya keluar berhadapan dengannya.

Namun, mangsa hanya mengendahkan perkara tersebut lalu suspek terus bertindak menyimbah minyak di kawasan rumah suspek dan terus membakarnya.

Oleh kerana terkejut dengan kejadian itu, mangsa berusaha sedaya upaya menjerit meminta tolong sehingga orang kampung terbabit bertindak pantas untuk memadamkan api yang sedang marak itu.

Bagaimana pun, suspek dikatakan telah melarikan diri sebaik sahaja dia melihat orang kampung mula menghampiri tempat kejadian.

Setelah kebakaran tersebut berjaya dipadam, penduduk kampung terus membawa mangsa ke Hospital Umum Mary Cileungsi untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dikatakan telah mengalami kebakaran yang teruk di mana hampir 80% badannya itu telah terbakar.

Dalam pada itu, menurut pihak polis mereka sedang mengesan suspek buat masa ini kerana suspek dikatakan turut membakar isterinya sendiri sebelum bertindak membakar kekasih isterinya itu. Sumber: 60 Detik News, Editor: Iera