Penceramah Bebas Skandal Isteri Orang???

Gambar Hiasan

Seorang penceramah bebas yang berasal dari Negeri Sembilan didakwa mempunyai hubungan sulit bersama isteri orang kini sedang disiasat polis.

Penagdu telah mengadukan perkara demikian di balai polis Johor Bahru dan pihak polis di Negeri sembilan telah sedia maklum mengenai kes tersebut dan akan menjalkankan siasatan mengenainya.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya tidak boleh membuat kesimpulan sama ada laporan yang dibuat pengadu itu betul atau tidak sebaliknya harus siasat untuk mengesahkannya.

"Kita belum sempat dapatkan keterangan lanjut pengadu kerana dia ada di Johor, tetapi siasatan lain telah pun dilakukan."

"Selagi siasatan mendalam mengenainya belum dibuat, kita tak boleh pastikan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya, kerana tidak semestinya apa yang dikatakan itu betul dan yang diam itu adalah salah. Tunggu sehingga siasatan dilakukan,"katanya.

Kata Muhamad Zaki, pihaknya akan memanggil pengadu yang kini berada di Johor Bahru dalam masa terdekat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai dakwaannya terhadap penceramah terbabit.

Selepas Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-211 Kontinjen Negeri Sembilan di Padang Kawad Sekolah Latihan Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban, hari ini, Muhamad Zaki berkata pihaknya akan memberi jaminan siasatan akan dilakukan dalam semua sudut dan kita akan berlaku adil kepada semua pihak. Sumber:Sinar Harian , Editor:Anna