Selasa, 13 Mac 2018

Penemuan Bangkai Misteri Di Tepi Pantai


MUKAH: Penemuan satu objek misteri yang terdampar di tepi pantai telah menggemparkan semua penduduk di sekitar Kuala Matu hari ini.

Objek misteri itu dipercayai telah lama terdampar di kawasan terbabit namun apabila diteliti dengan sebaik mungkin rupa-rupanya objek misteri tersebut adalah satu bangkai.

Bangkai itu adalah bangkai ikan paus yang telah lama mati dan semakin mereput di mana gambar tersebut telah diambil oleh seorang saksi iaitu Syamelz Syam.

Orang ramai yang menyedari mengenai penemuan bangkai terbabit bergegas ke tempat kejadian untuk menyaksikan sendiri bangkai tersebut.

Dapat dilihat bangkai itu telah reput sehingga ianya busuk dan turut kelihatan tulang ikan paus terbabit.

Bagaimana pun, penemuan bangkai itu dapat dijumpai apabila air di kawasan pantai tersebut telah surut. Editor: Iera