Rabu, 14 Mac 2018

Pengantin Mabuk Ditahan Di Hari Perkahwinan.


Seorang wanita yang lengkap berpakaian pengantin telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas dia didapati melakukan kesalahan dengan memandu di bawah pengaruh khayal.

Wanita tersebut itu dikatakan memandu untuk ke majlis perkahwinannya sendiri sebelum di ditahan polis.

Suspek yang dikenali sebagai Amber Young, 32, itu bagaimana pun telah ditahan dan digari ketika dia sedang melalui Marana, Selatan Arizona iaitu kira-kira 30 batu di utara Tucson.

Sebelum dia ditangkap pihak berkuasa, Young dikatakan telah melakukan tiga pelanggaran semasa dalam perjalanan ke majlis perkahwinannya itu di mana dia memandu kereta terbabit secara berseorangan.

Menurut pihak polis, seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh Young itu telah mengalami kecederaan dan akibat daripada itu dia terus membuat laporan untuk menangkap Young.

Dalam pada masa yang sama, Young yang dibawa ke balai polis itu dikatakan tidak mempunyai seorang peguam bagi membela kesnya.

Namun, Scott iaitu lelaki yang dilanggar terbabit telah memuat naik satu status di laman Twitternya menyebut ‘Jangan memandu dalam keadaan khayal, tiada apa yang boleh di tolong jika berlaku kematian.’

Bagaimana pun, Young pada akhirnya telah dibawa ke balai polis untuk siasatan tetapi dia dikatakan telah dibebaskan oleh pihak polis tanpa dipenjarakan.

Sehingga kini, keadaan perkahwinan Young sama ada dia melangsungkan perkahwinannya itu atau tidak masih lagi tidak diketahui. Sumber: AP, Editor: Iera