Jumaat, 16 Mac 2018

Penyamun Hampir Lemas Dalam Longkang Diselamatkan Oleh Rakannya



Dua orang individu yang merupakan pencuri dan perompak menimpa nasib yang setimpal apabila motosikal yang mereka naiki terbabas ketika dikejar oleh penduduk setempat.
Kejadian itu dipercayai berlaku di hospital daerah Cengkareng Indonesia  di mana kedua suspek masing -masing berusia 22 dan 25 tahun dilihat Mencuri motosikal milik pekerja hospital itu sebelum dikejar oleh orang awam.
Kedua suspek itu dikatakan panik kerana dikejar lalu tidak dapat mengawal motosikal yang mereka tunggang sehingga terbabas masuk ke dalam longkang.
Orang awam yang melihat juga tidak memberikan pertolongan ketika melihat salah seorang suspek cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas terperangkap dalam longkang malah membiarkan sahaja mereka.
Selepas keduanya berjaya keluar dari dalam longkang,orang awam menahannya dan menyerahkan keduanya kepada pihak polis untuk di tindakan lanjut. Sumber:Eberita , Editor:Anna