Pilu!! Pengorbanan Seorang Nenek Tua Menjaga Anak yang Derita Stroke Dan Cucu Lumpuh


Kehidupan sebuah keluarga sungguh meruntun jiwa apabila seorang wanita yang sudah terlalu tua dikenali sebagai Katemah harus menjaga anak dan cucu yang sedang sakit di Desa Kori, Kecamatan Sawoo, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur.

Anak perempuannya Mistun derita akibat stroke hanya boleh berjalan menggunakan tongkat.

Sementara cucu lelakinya, Misnanto yang kebiasaannya bekerja mencari nafkah untuk mereka kini hanya terbaring kerana lumpuh.

Misnanto menerima kecederaan 7 bulan yang lalu ketika sedang bekerja apabila tubuh badannya ditimpa dinding batu bata yang telah roboh.

Misnanto menerima jahitan di bahagian punggung kerana cedera akibat ditimpa batu bata tersebut.

Katemah yang sudah terlalu tua juga mengalami kesulitan untuk berjalan kerana tubuhnya sudah membongkok terpaksa memasak makanan untuk mereka sekeluarga.

Mereka kini bergantung hidup hasil pemberian orang ramai yang prihatin terhadap mereka. Sumber:Tribunnews.com , Editor:Anna