Remaja Maut Selepas Basikal Yang Ditunggangnya Dilanggar


PONTIAN – Seorang remaja lelaki temui ajalnya selepas dilanggar oleh sebuah motosikal ketika sedang menunggang basikal di kilometer 66.5 Jalan Johor Bahru/Batu Pahat dekat Api-api jam 8.30 malam semalam.

Muhammad Farhan Amirul Suhaimi, 14 merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Hasil siasatan awal pihak polis berkata motosikal terbabit datang dari arah Ayer Baloi dan melanggar bahagian belakang motosikal.

Ketika kejadian berlaku, keadaan jalan raya agak gelap dan mangsa turut menunggang basikal bewarna gelap.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Azri Noraini turut berkata pelanggaran yang berlaku menyebabkan mangsa melambung beberapa meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan serta mayatnya dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.

"Penunggang motosikal berusia 24 tahun dari Kampung Jelutong Ayer Baloi dibawa ke Hospital Pontian dan kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi rawatan susulan,” katanya.

Azri Noraini turut berkata kemalangan ini tiada kaitan dengan aktiviti basikal lajak dan menjelaskan kes ini disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957. Sumber:Sinar Harian , Editor:Anna