Restoran Disaman Kerana Mak Nyah Mencederakan Pelanggan Menggunakan Payudaranya


AMERIKA: Seorang wanita telah menyaman sebuah restoran makanan segera sebanyak AS$1.5 juta atau sebanyak RM 5.86 juta selepas menyatakan bahawa seorang mak nyah telah sengaja mengenakan payudaranya ketika dia sedang makan malam.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Florida di sebuah restoran iaitu Hamburger Mary's du Tanpa ketika wanita terbabit menyambut hari lahir rakannya.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Neldin Molina menyatakan bahawa dia datang ke restoran tersebut buat pertama kalinya dan tidak menyangka bahawa perkara itu akan berlaku.

Menceritakan saat-saat kejadian itu berlaku, Molina memberitahu bahawa dia sedang menjamah makanan pada ketika itu di mana terdapat satu persembahan oleh seorang ratu mak nyah yang sedang berlaku.

Peristiwa itu dikatakan berlaku pada jam 8.45 malam di mana restoran makanan segera tersebut merupakan restoran yang cukup terkenal dengan persembahan daripada mak nyah.

Molina mendakwa, penghibur yang bernama Amanda D'Hod datang ke mejanya namun dia mengendahkannya lalu penari tersebut menyambar kepalanya dan menggoyang-goyangkan payudaranya ke muka dan kepala Molina sebanyak lapan kali.

Ekoran dari insiden tersebut Molina membuat aduan kepada pengurus restoran dengan berkata dia mengalami sakit kepala dan sakit serviks yang sangat mengazabkan.

Menurut beliau, saman yang dikenakan itu adalah untuk membiayai kos perubatan lampau, semasa dan akan datang termasuk kesakitan yang dialami secara fizikal dan mental.

Dia mendakwa pihak restoran tidak memaklumkan kepada pelanggan tentang risiko yang bakal dihadapi sekiranya mereka makan di restoran terbabit.Sumber:Foxnews , Editor:Iera